Kanak-Kanak 4 Tahun M4ut Tertelan ‘Thumbtack’ Masa Ibu Tengah Mandi

Seorang ibu berkongsi pengalaman tragis yang akan ditanggungnya seumur hidup setelah anaknya yang berusia 4 tahun meningg4l dunia terdesak thumbtack pada hari ulang tahun abangnya.
Si ibu, Ayla Rutherford berkongsi kisahnya untuk menasihati ibu bapa yang ada anak bersekolah dari rumah untuk menyingkirkan thumtack setelah kem4ti4n anaknya itu.
Menerusi laporan News.com.au, Ayla yang sedang menyiapkan kek hari jadi anak sulungnya mahu berehat dan mandi dan sejak waktu inilah hidupnya berubah.

Ceritanya begini, sebagai kanak-kanak, anaknya berlari satu rumah. Apabila suaminya dah bangun tidur dia terus bergegas membuat kek dan persediaan majlis hari jadi di rumah.
Tiba-tiba dia terdengar jeritan daripada salah seorang ahli keluarganya dari bawah menjelaskan ada sesuatu yang tak kena pada anak lelakinya yang berumur 4 tahun, Axel.
“Saya turun ke bawah untuk melihat suami saya melakukan Heimlich [memberi tekanan ke atas pada bahagian atas perut untuk memaksa objek asing dari trakea] dekat Axel.”

Walaupun dah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Axel, dia jjadi main tak sedar, muka berubah menjadi biru, dan segera dikejarkan ke Mary Bridge Children’s Hospital di Tacoma.
Doktor mendapati Axel tidak tersedak tetapi telah tertelan pin (thumbtack), yang telah menindik paru-paru kirinya dan membuatnya tidak dapat bernafas.

Setelah seminggu hidup dengan alat bantuan pernafasan dan 4 ujian mengesahkan bahawa dia otaknya ‘mati’, Axel meninggal dunia dalam pelukan ibu bapanya.
Akibat kejadian ini, Ayla dan suaminya Josh memberi amaran kepada orang lain untuk membuang pin dan thumbtack yang ada di rumah untuk mengelakkan anak-anak mereka mengalami nasib tragis yang sama seperti yang mereka hadapi baru-baru ini.
Sumber: The Sun